SELAMAT DATANG KE AkuSedi.blogspot.com !!!

Dunia Baru sedi@lrasdi... 2013

Assalamualaikum wbt...
Dah 2013 dah rupanya.... Lajunyer masa berganti...

Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat lagi sedi@lrasdi berpeluang menekan butang2 keyboard di hening malam sebelum melelapkan mata yang mmg dah ngantok... huhuhuhu....

Dah lama rasanya tak update laman blog ini... Kalo sebelum ini dikenali sedionline007 ttp dgn thn ke 27 umur sedi@rasdi kembali menukar nama blog kepada sedialrasdi69... mudah2han ianya dapat menarik 5K(Kesihatan baik, kejayaan, kekayaan, kebahagiaan & keberkatan hidup) untuk diri sedi@lrasdi.

Dalam tempoh 2 tahun lebih (last post kat blog - thn 2010), banyak benda yang telah sedi@rasdi lalui.. Pelbagai kenangan manis pahit yang telah terukir dalam memori sedi@lrasdi ini.. Bermula kerjaya di Bukit kiara beralih pula ke Shah Alam sehinggalah Feb 2013 beralih arah ke Kajang... Bak kata org, jauh perjalanan luas pemandangan... Insyallah...

Sekadar posing ngan baju lab... Tq pojie..
Seronok apabila dapat mencari pengelaman dan pengetahuan ditambah pula kemahiran kat tempat baru.. Sedi@lrasdi rasakan kena ngan jiwa n minat sedi@lrasdi selama ini.. Tidak sangka impian selama ini ingin terlibat dengan masyarakat & komuniti termakbul dengan izinNya... Syukurrr....

Walaupun sedih meninggalkan S9, Shah alam, tetapi demi kerjaya dan kemajuan diri sedi@lrasdi rela korbankan.. Terima kasih banyak2 kepada warga SMKS9SA yang banyak memberi tunjuk ajar, pengetahuan, peluang dan sebagainya.. Wpun, perhentian saya disana hanyalah seketika, keakraban kita terjalin amat utuh & kukuh.. Terima kasih tidak lupa kengkawan di sana yang banyak memberi sokongan dan dorongan dalam segala hal...

Sempat lagi posing ngan geng2 opis yng sengal..
TQVM geng2 opis, geng2 PPKI deng2 makmal dan geng2 ICT... terutamanya En. Abd. Halim... :)... Detik berganti detik berlaku sehingga terjumlah 2 tahun bersama di sana, namun bertahun2 rasanya mengutip kenangan... Masih teringat2 suara k.Bee memecah kesunyian sekolah... Masih teringt2 lg gosip2 yg dikongki bsm k.win.. Masih terbayang lg kerenah anak jantan makmal yg berdebat ngan akak2 makmal suatu ketika dulu...

2 tahun disana, merasa jugalah sedi@lrasdi mjd guru.. mjd fasi.. mjd penasihat kelab.. mjd w/master.. yang tak leh blah jd penasihat kelab sukan berkuda (entah apa kenamanyalah...) hahaha...
Geng2 sukan berkuda meraikan hari jadi sedi@lrasdi.. Terharu plak..
seribu watak yg diamanahkan hanya senyuman terukir dibibir dalam kepenatan.. Masih teringin utk menjamah spegeti k.zimah.. bubur lambok k.su.. meriah sungguh suasana di sana.. Terbyg2 juga kerenah bdk2 PPKI yg bermcm2 ragam beribukan K.Zarah kelam kelibut jadinya...

Halim, Pojie & Taupik
 Masih terasa keseronokan bersiar ke seberang.. tdk pernah terlintas utk smpi ke sana.. berbekalkan pasport n wang ringgit (budget), bas dr s.alam hingga ke seberang bersm sahabat baik.. Syurga dunia... jejak jugak kita ke sana.. hahahahaha...

Tidak dilupakan juga osmate sedi@lrasdi Abdul Halim CIAST yang sudi menumpangkan sedi@lrasdi sepanjang beberapa detik penghujungan di SA.. Kalo terlebih/terkurang/termakan/terminum/terasa harap dihahalkan n dimaafkan yerrr.... :)

Aku bertunang..
Tanggal 24.12.2011 pula seru pun tiba utk kukuhkan ikatan & tanda milik dgn si gadis sebelah kampung.. Cinta terdetik dlm perjln HIMDA beroda 4 menuju ke Dungun... Alhamdulillah, tahun 2014 penentu zamqan bujang... Insyalaah....



Berakhir juga kerjaya disana.. mengikuti jejak Dtn Ustzh Rock(DUR) n K.Asgar yg melangkah awl.. Terharu sesgt dgn tajaan kek PC set windows 7 oleh DUR..
Kek yang disponsor oleh DUR
Terima kasih banyak2 kpd semua kwn2 disana yg bersusah payah memberikan cenderahati kpd sedi@lrasdi... Jasa kalian dikenang jua.. semoga Allah mempermudahakn segala urusan kalian... aminn....


SELAMAT DATANG KE BLOG...
SEDI@LRASDI69....

Selamaatttt Tahuuun Baruuuu... 2010

Selamat Tinggal 2009....

Assalamualaikum semua....

So, aku rasa tak de le lambat sagt aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010....
Semoga kehadiran tahun baru ni memberi sejuta manfaat dan kebaikan kepada kita semua.... Semoga hidup kita juga diberkati Allah SWT... yang mana2 azam tahun lepas belum tercapai tu, capailah tahun ni... yang mana nak tambahkan azam baru tahun ni, tahniah le aku ucapkan...

Bagi aku tahun 2009 ditinggalkan dengan seribu satu cerita... sedih pun ade.. gembira pun ade... Tahun 2009 menjadikan aku seorang yang tabah menghadapi dugaan.... tahun 2009 jugaklah tahun bermulanya tuah aku dalam akademik... selama 23 tahun aku hidup... Tak pernah aku gembira dalam kejayaan akademik aku... So, pada tahun 2009 ni, aku telah mendapatkannya... Itulah antara hadiah yang paling berharga dalam hidup aku..... Amin....

Segala apa yang terjadi tahun 2009, suka dan duka menjadikan aku lebih dewasa... Apa yg aku tahu itu semua adalah lumrah kehidupan yang perlu aku lalui... Insyallah, aku juga berharap dengan kehadiran tahun baru ni, aku nak melipatgandakan usaha-usaha murni aku utnuk mencapai kejayaan... Aku nak memperbaiki apa2 kelemahan aku yang pernah lalui dan alami...

Seronok Kembali Bersatu

tahun 2009 jugaklah tahun Ukhwah bagi aku... Aku dan member2 ex-PLKN Siri 3 2004 (group kecil) kembali bersama dan bersatu.... Sekian lame menunggu saat2 ini.... Thank for u all....

Antara Gelagak Kitaorg.....
Saat2 Manis Kembali Lagi

Ceria Sokmo

Dedikasi ditujukan kepada: Insp. NaQ, Ir. Eiyla, Chef Rose


Syukur, Alhamdullillah.... Berbaloi...

Syukur, alhamdullillah aku panjatkan kepada Allah SWT kerana telah memberikan aku kehidupan yang seterusnya... Amin....

Aku juga amat bersyukur kerana apa yang aku impikan sebelum ini telah tercapai... Walaupun jenuh menunggu saat2 yang menakutkan... iaitu menunggu keputusan peperiksaan Final keluar... Saat2 menunggu tu memang menyeksakan... Aku pernah pergi berjumpa dengan Pn Marlina utk dapatkan maklumat awal tentang result aku.. cuma Pn Marlina bagitau yg result rasmi keluar pada hari rabu... 30hb Disember 2009.... Tunggu punya tunggu... Aku macam tak sedap hati je... aku tanya balik Pn Marlina tentang result aku...

Perhhhh... first time aku rasa teramat gembira bercampur tidak sabar bilamana Pn Marlina bgtau aku aku dapat lebih drp apa yg aku target iaitu lebih drp 3 pointer... Fuhhh... Lagi sronok bila Pn Malina bgtau yg aku top 10 kot dalam kelas... Perrrhhh...

Perasaan tak sabar tu membuat aku serba tak kena duk kat opis... sentiasa buka website www.psa.edu.my!!!! Menunggu hari yg dinantikan...

30hb Dec telah datang... Aku masuk je opis, terus tgk website PSA. Last2 diaorg bgtau result rasmi kuar pada esok hari... 31Hb Dec 2009(KHAMIS)... Keesokkan harinya, masuk je opis terus aku tengok website PSA lagi... Tapi saat inilah le tahap kesabaran aku hilang kerana dari pagi sampai petang duk depan PC duk mencuba access result aku tu... Tak boleh2 jugak... Malam plak aku gi Cyber Cafe... Sampai kul 12 malam, x dpt2 jugak.... Perasaan kecewa pun mula terasa... Tp kecewa itu hanyalah seketika...

01 Jan 2010 - Jam 8.00 pagi, aku terus pergi cyber cafe nak acess result aku... tp hampeh... tak dapat2 jugak... geram giler... aku nekad nak biarkan saje... malas nak melayan....

Hari sabtu 02 Jan 2010 tu, aku duk main laptop akak aku.. Pastu, try le access result aku... Perrhhh.... Bukan main terkejut lagi aku coz apa yg aku lalui dua tiga hari sebelum result kluar, akhirnya aku dapat jawapan yg palaling gembira.... Seronok gilerrr....!!!! Bak kata iklan CELCOM "memenga berbaloi...."

(Result aku nih..... )

So, dipendekkan cerita, mmg aku sronok sgt dapat benda ni... amin....

Salam semua…..

Fuhhh.. Lame le jugok aku x update aku punya blog ni…. Start dr aku nak exam aritu kot… So, byk benda le aku nak share ni…. Aku nak mula dr mane erk?????

EXAM DAH HABIS….

Syukur aku rasa coz final exam dah habis dah.. Paper aku habis pd 15 Disember aritu…. Takut giler aku… Almaklum le, math aku study byk jugak le… Tp core busines aku, study skit je… Takut tu mmg takut tunggu result kluar… Tp dah dah dapat jawapan positif dr Pn Marlina… Hehehehe… Aritu masa aku gi poli nak ambik surat pengesahan pelajar utk pembayaran yuran poli memlalui KWSP, aku ade jumpa dia. So, dia bgtau aku result sebenar (rasmi) tak kluar lagi…. So, aku ada le tanya kat dia, result aku cmner??? Pastu dia bgtau le yg kalo tak silap dia aku antara top 5 0r 10 dlm kelas… Hehehe… Bangga jugak le skit… Tp x tau le lg brape pointer aku… Aku harap2 lepas kepala 3++ le… So, dia bgtau aku aku lebih dr itu lagi… Hahahahaha…. Seronoknya aku rasa mendengar jawapan dr dia tu…. Syukur Alhamdullillah……. So, sekarang ni aku masih menunggu… menunggu… dan menunggu…


SYUK KAWIN
Firstly, tahniah le aku ucapkan kat member aku… Member PKN aku tahun 2004… Dah selamat le membina rumah.. 20hb bebru ni, ada buat kenduri kat melaka. Kat Hutan Percha. Aku sepatutnya kena pergi join Alang dan Nash… Tp aku tak dapat pergi coz ada masalah skit…

Alang dgn Nash bergerak ke Malaka pd 19hb Dec hari Sabtu. Memandangkan hr tu le dia dpt sewa kereta. Tetiba je dgr kata aku x jadi nak join. So, aku sebagai sahabat, aku ttp bersama diaorg walaupun aku tiada disitu.. Aku support le RM50 utk dia minyak.. Dioarg sampai kat Melaka dah petang… So, mintak le alamat Syuk… Diaorg pun pergi le mencari umah syuk.. Sampai dalam kul 7 lebih.. Apa yg diorg cerita, begitu hampa dengan sikap Syuk.. Lansung tak melayan diaorg… Berbeza dengn Syuk dulu… Makan pun tak diberi… Nak tumpang tido apetah lagi…. So, boleh le dia tanya “Korang nak tido mane? Kalo hotel dah penuh dah org booking kat area Melaka ni…” . So, diarg pun sentap skejap… Diorg mmg berharap dapat le tumpang umah diaorg…Tak lama kemudian, syuk mintak diri nak ambik mentua dia.. Ntah nak ambik kat mana… So, diaorg pun duk tunggu lagi syuk kat situ… Dah le baru sampai… Perut pun lapar… Boleh Syuk suruh diaorg pegi makan kat Dewan Komuniti coz org sedang masak memasak kat sana… kok yer pun, bawa le balik skit nasi tu utk dijamah oleh mereka berdua. Tak pun, bawalah diaorg ke sana… Nash dgn Alang membara… Membara mcm gunung brapi je… Duk piker nak tido mane….!!!

Dah lame sangat menunggu si Syuk balik… Pastu, Alang ngan Nash bgtau le kat mak Syuk. Nak gi MITC. Nanti dating balik. Nasib baik le jumpa kawan2 lame diorg ada kat sana. Duk le melepak ngan member diaorg. Aku dah plan, kalo aku join skali aritu, aku mmg nak sewa Chalet kat tepi pantai… Rasa bersalah pun ada.. Kalo lah aku pergi, tak de jadi mcm ni kat diorg….

Lame kemudian, Syuk ade call diaorg, bgtau tak payah dtg balik kat umah diaorg.. diorg suruh pergi je kat umah Reen… Konon2 mcm nak lepas tangan le tu kot… Syuk kata dah maklumkan kat Reen. Tiba kat umah Reen, dia bgtau yg dia tak tau ape2 pun… Pelik bin Ajaib le plak… Aku tau, jenis Reen kalo dia tak prepair, mane boleh nak jumpa dia.. Atleast mesti ade perancangan.. Tambhan plak, umah dia tengah renovate.. Tu masa aku gi aritu le…. Dah le dia suruh pergi umah Reen, Reen plak tak tau dan tidak DIJEMPUT ke rumah umah SYUK… Lagi le terasa kawan tu.. Pastu, mlm tu baru le duk menjemput… Esok dah nak kenduri.. Tak pernah dibuat org… Ni jenis mcm nak buang kawan je…. So, keluarlah dr mulut Reen… Dia dah lame terasa kat Syuk… Dah masak ngan perangai Syuk tu…. So, barulah kitaorg tau.. Syuk yg disanjungi.. Dianggap sebagai pemimpin kitaorg.. Mcm ni rupanya perangai dia…. Tp tak pe le…. Anggaplah ni perubahan hidup dia sbg org yang dah berkahwin…. Tu aku yang rasa… kalo Nash tu, hangin giler…. Walaubagaimanapun, di sudut hati kecil aku ni pun ada secebis rasa coz terkena pada kawan2 aku…..
So, dipendekkan cerita lagi…. Alang ngan Nash tido kat dalam kereta kat sebuah stesen Minyak SHELL…. So, itulah kenangan buat diaorg…. Pagi tu, dia tak pergi pun umah syuk.. Sbg membalas dendam kot… Huhuhuhu… Mane tak nyer…. Dah org buat cmtu kat dia kan….!!!! Kecian korang erk.. sabor je le… Selamat aku….!! huhuhuhu

APPOIMENT DENGAN INSPEKTOR NA-Q

Tak sangka. Dua ari sebelum Alang ngan Nash nak bertolak ke Melaka tu, Ade sorg mamak ni miss call aku… Biasa le, dia ni suka m.call je… aku le return call balik.. Nasib baik kredit masa tu banyak… NaQ ada tanya pergi ke tak kenduri Syuk. Aku jawab le pergi. Pergi ngan Nash dan Eiyla. Pastu, dia bgtau yang dia dah ade kat KL… Posting kat IPK KL… Terkejut aku… Fuh… srnoknya… Member2 aku dah berkumpul kat KL… So, aku apa lagi, aku bgtau kat dia yg esok aku nak jumpa dia... Dalam kul 11 pagi…

Tibanya hari esok, aku tak jadi nak jumpa. Aritu jugak Alang ngan nash nak gerak pegi Melaka. So, aku terpaksa batal appoiment aku ngan semua org.. Ade malasah skit.. Tp aku dah tak sabar2 nak tgk NaQ skrg yang bergelar jadi POLIS… Mcm mane le agaknya….
Ingat lagi, masa Nash bgtau kat aku tu yang NaQ nak jadi Polis… Nak masuk Polis.. Training kat langkawi… Respond yg aku bg : boleh ke jadi polis??? Kalo ade operasi, sape kejar sape??? Penjenayah kejar dia kot…. Hahahaha…. Kot2 Cuma jadi juru mekap polis je kot…. Reaksi aku sapma ngan Rose dan Awe… semua tak percaya…. Tu le aku tak sabar2 nak tgk dengan realitinya tu…. Hehehhe…

Malam Sabtu...

Salam...

Dah dua minggu lebih aku tak tgk blog aku ni.... Byk benda yg aku nak bercertita.... Hehehe... Firstly, alhamdullilah, aku dah habis satu exam.. Lega rasanya... Tak cukup masa aku nak buat exam Math aritu... Tp aku puas hati buat math aritu... walaupun akurasa mcm tak dapat je A.. -A pun jadi le...Hehehehe.... berbalao jugak le aku duk study ngan memebr2 aku... thank byk2 kat Sham, Dien, safar n Apis... Korang mmg best le... Ade jugak le teman aku nak study.... Satu hari lebih duk study.... hehehe... teringat mcm zaman poly full time dulu...ahaks...

Member Datang dari Terengganu

Minggu ni, awe dtg KL, lepak umah aku... Dia ada interview kat UUM-KL sbg Pegawai Kebudayaan... Mak aiii... bukan main gemuk n montel lagi member aku ni... Berbeza dgn apa yg aku tgk 2 tahun lepas... Ish2... Nak kata org kecewa kan, muka x de le encem sgt... Heheheh... Mybe selara makan dia kuat kot... Dia br je habis kontarak jd guru sambilan kat SK Cabang Tiga, Kerteh... Byk jugak le cerita dia.... biasa le tu....

Aku mmg suka kawan2 aku dtg umah aku... Tapi aku paling tak suka kalo kawan2 aku mcm tak memahami je keadaan sekeliling.... Mcm kebersihan ke.. ape2 le... Pendek kata kalo dah makan basuh... kalo dah byk sampah tu, tolong le buang... ape2 le... malas nak cerita le....

Banyak Kerja

Minggu ni boleh dikatakan byk jugak le kerja yang aku kena buat.... Tension giler jugak le... mane le taknyerrr.... Kena siapkan DVD 11 keping, nak 100 set... Nak mampus aku duk meng'copy' DVD tu,.... jenoh aku.... Pas tu, nak kena buat tape utnuk enHafiz plak.. Peserta DPA... Lagi le... Tp walau apepun, aku faham... dalam keadaan macam ni, org perlukan pertolongan aku.. so, aku kenalah membantu... satu lagi dah mmg tugas aku kan.... Tak pe le.. nasib keje aku mcm ni...

Pasni, kena buat tape utk PTK Guru2 OKu plak.. Byk giler tape tu... teringat aku kat K.anis, K.syimah... heheheeh... I miss u...

Kesian kat Member Aku

Kesiannya kat member aku... dah le baru kahwin, tak pasal2 laki dia kena tahan keje plak... Bodoh punya sedara laki dia tu.... Tak habis2 nak cari pasal... Ade ke patut, kerana kes nak rebutkan hartanah 3 tahun lepas2, laki member aku jadi mangsa skrg ni.... Mane tidaknyer, mula2 panggil ajak bincang... pahgtu mak sdare dia pukul laki kawan aku plak.. pastu, dah kena pukul dia elakkan diri dia, terjatuh le mak cik dia tu.... Pastu, report polis kata laki member aku serang diaorg... Polis tak nak ambik port pun hal tu coz berkali2 dtg balai... Boleh ke dia buat surat layang le.. ape2 le kat Ketua Polis kata anak buah diaorg tak buat kerja... Ambik ko, dah kena tahan dek polis laki kawan aku nih...

Dipendekkan cerita, laki kawan aku ni kerja le kat agensi kerajaan... Boleh plak spupu dia tu pi hantar n kata mcm2 kat kementerian kata laki kawan aku penjenanyah... lagi tak patut... last2, x pasal2 kena tahan kerja... kesian plak aku rasa.... simpati aku kat diaorg... Bersabarlah wahai sahabat2 ku....

HELLO KL....

Hello KL.... Tepat kul 4.45 pg td aku masuk area bentong... Tu pun terkejut coz Yoe call... Dia kata x leh tido coz boring... So, ape lagi meloya buruk le aku ngan dia... Dia duk takutkan aku sampai betul2 KL kul 7 lebih... Dah le aku nak masuk opis pas tu....

Aku gerak dari paka naik bas Mutiara... tepat jam 11.33 mlm... Nasib baik le ayah aku x keje mlm td... boleh gak dia hantar aku... tp yg aku geram nyer aku br je nak tido ptg td.. akak aku plak duk kaco.. Nak gi ambik tiket le... Nak gi umah ketua kampung le... ape2 le.. nasib baik Timoh liuk( kwn akak aku) ada...


Dah cerita2 ni, timoh liuk kluar le cerita Pasaraya Giant kat Mesra Mall diganti Pasaraya TMC... Ni gara2 mat Said le x bagi Giant beroparsi kat Mesra Mall... Ntah ape2 le Mat said ni.... Tp sebenarnya TMC tu adalah hak milik Giant jugak.. Dia ubah nama coz mat said x bagi beroperasi kat situ...


Timoh Liuk kata TMC yg baru bukak tu ada promosi hebat... harga murah2... Kitaorg gi le ngan dia skali.. Tgk2 hampeh... Mahal giler harga kat TMC tu... Jauh beza dr TESCO... Timoh Liuk... Limoh Liuk.. Mu ni mmg le... Klakor sungguh le....

Aku samapi je kat KL ni dalam pukul 5.30 pg... Aku terus je dapatkan Komuter... Tunggu punya tunggu kul 6.25 br dapat... Dah le aku ngantok giler... Eramai giler org duk tunggu KOMUTER tu... Yang lawaknya, ade 3 org mak yah... mmg pakai bj pompuan le... duk baloh berlari... meluat pun ada jugok aku tgk...

Terbuku Di Hati

Entah le... Malam ni aku mcm nak luahkan apa yg terbuku kat hati aku ni.... Aku ni insan biase je.. serba kekurangan.. so, tak salah le kalo aku nak mencari, menuntut dan menambahkan ilmu kan.... Betul tak???

" tuntutlah ilmu hingga ke negeri China..."

Tp dalam hidup aku, st1 time aku dapat kira mcm surat layang le... Aku tak tau siapa dan kenapa dia buat kat aku mcm tu... Aku sedar, aku selalu duk kat Lab... Kurang duk kat opis.... Aku buat kerja aku yang diarahkan... Bukannya aku pepandai je buat kerja... Benda yg aku dapat tu dia tulis atas cover DVD guna marker pen... Tp aku still simpan lagi... kat atas tu, dia tulis :

1. Kenapa suka menyusahkan orang?
2. Kenapa berlagak pandai?
3. Kenapa macam bagus?



(Ni lah bendanya....!!)



Dengan ayat2 tu, aku mcm terima pukulan yang amat pedih... Sedih... Berfikir sejenak aku... Org yg aku cari masa tu adalah Wani.. Coz dia tu rapat ngan aku... Aku cuba nak tenangkan diri aku.. Nasib baik wani ni positif... Mybe org tu saje2 nak buat lawak ke.. ape ke.. Tp aku tak rasa mcm tu le... Org bodo je suka main2 macam tu...

Setahu aku, sepanjang akau bekerja kat opis aku ni, x de le aku berlagak pandai dan macam bagus melainkan aku merujuk kepada org2 yang pakar khususnya dalam kerja2 multimediaa... Aku pun tak de le plak menyusahkan org melainkan org yg menyusahkan aku... Seingat aku le... tapi aku x kisah coz mybe itu adalah sebahagian drp kehidupan bermasyarakat....!!!

Entahlah, sampai skrg aku tak dapat lupakan soaltu.. Pernah jugak aku terlintas utk tukar je keje kat lain.. Tp waktu aku bersungguh2 nak tukar, big boss aku plak tak kasi... Pastu, dia yg angkat kaki dulu naik pangkat Jusa C... kononya suruh tunggu 2 tahun dulu lepas dia pencen baru le nak lepaskan aku... Yo lah tu...!!
(Aku masih berharap dpt tukar....)


Biarlah apoa yg terbuku di hati aku ni menjadi angin lalu... Memadamkan butiran kecil diingatan aku....!!!

Salam Aidil Adha

Salam Aidiladha aku ucapkan kepada semua pelawat budiman yg sudi melawati blog aku ni... Almaklumkan... Raya2 mcm ni mesti semua org sibuk lagi kan.. mane nak g beraya lagi... mane nak bersiap blk mula kerja lagi kan... Yang pastinya, dua tiga hari ni makan daging lembu@kambing le kita.... ye ndok??? hehehe...

Dah lame aku tak menulis kat blog ni.. Busy le katakan... Tambahan plak aritu aku sakit... Tonsoil.. dah dekat nak oprate, pastu tangguh plak.. HKL le katakan.. Ramai pesakit kritikal.. Nak tak nak, aku mintak je tukar ke HKT, agi senang... Tp dpt buat bulan mac tahun depoan le... tak kisah le... janji buat... Buat masa ni, bertahan n berpantang le aku....

Malam esok aku dah nak balik KL... Tak sabar aku nak mula kerja balik... Mau tak nyer seminggu aku duk kat Kampung ni... Dah le boringgg.... Nasib baik le akak aku wat balik laptop dia.. Boleh le jugak duk main internet... hehehe

SELAMAT PENGANTIN BARU Wani & Roy

Selamat pengantin baru le aku ucapkan kat my Best Frenz kat opis... Almaklum le, aku x dpt dtg majlis dia... sakit... Tp dia faham.. Nati aku kasi hadiah yg besar k.. So, ko dah jd bini org tu jg2 le skit... Jgn le jd mcm bdk2 plak.. Huhuhuhu.... Jg laki elok2... Kan dikebas dek org lai plak...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Dah di edit oleh © 2009 Tinta Maya sedi@lrasdi... | Designed by akusedi|Converted to blogger by BloggerThemes.Net